Oldham - Seorang pemandu teksi ditumbuk oleh penumpangnya sehingga cedera. Pemandu teksi itu, Ken Collins, 77, berdarah di muka dan hilang dua batang gigi.
Kejadian bermula apabila Ken mengambil seorang penumpang yang mabuk,Matthew Rothwell, 52.
Di dalam teksi, Rothwell menyanyikan lagu Sweet Caroline. Lagu itu popular pada era 70-an dinyanyikan oleh Neil Diamond.
Rothwell kemudian mengajak Ken untuk sama-sama menyanyikan lagu itu. Bagaimanapun Ken menolak dan Rothwell berang dan memaki Ken.
Setelah tiba di destinasi, Rohtwell membayar tambang dan kemudian melepaskan tumbukan ke muka Ken melalui tingkap pemandu.
Mengapa Ken tidak mahu menyanyikan lagu itu bersama Rohtwell? Ada ceritanya.
Isteri Ken sebenarnya lari mengikut seorang lelaki yang meniru gaya Neil Diamond. Kejadian 40 tahun lalu itu membuatkan Ken tidak boleh mendengar sebarang lagu dari Neil Diamond kerana teringatkan perbuatan isterinya.
Ken berkata " Saya tidak boleh tidur selepas ditinggalkan isteri, Saya menangis dan sangat beremosi."
Sementara itu, Rothwell telah pun dibicarakan dan disabitkan kesalahan mendatangkan kecederaan. Dia diletakkan di bawah pengawasan selama 12 bulan dan perlu melakukan 200 jam khidmat masyarakat.
Rohthwell turut perlu membayar ganti rugi £500 (RM 2398) kepada Ken.
Sumber: http://goo.gl/EZvRP
p/s 1: Driver teksi keje die drive teksi, bukan menyanyi.
p/s 2: Hampeh punya bini Ken lari ikut jantan tiru gaya penyanyi.
![]() |
Ken Collin selepas kejadian |

Neil Diamond |
Sementara itu, Rothwell telah pun dibicarakan dan disabitkan kesalahan mendatangkan kecederaan. Dia diletakkan di bawah pengawasan selama 12 bulan dan perlu melakukan 200 jam khidmat masyarakat.
Rohthwell turut perlu membayar ganti rugi £500 (RM 2398) kepada Ken.
![]() |
Matthew Rothwell |